| Anak ayam turun lima, Satu mati tinggal empat; Minta mati dalam agama, Biarlah tulis jalan makrifat. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Anak ayam turun enam, Satu mati tinggal lima; Minta doa tetapkan iman, Minta mati dalam agama. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Kata tua kata berpucuk, Pucuk berpunca pada agama; Hina bangsa gila kemaruk, Kemaruk harta gila dunia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kata adat mengandung kaji, Kaji syarak tiang agama; Lupa adat mendunglah negeri, Negeri rosak orang binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat Melayu sudah ternama, Turun-temurun disebut orang; Adat berpadu dengan agama, Hidup rukun hingga sekarang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kalau tidak kerana berhemat, Takkan ada renda bersulam; Kalau tidak kerana Nabi Muhammad, Takkan ada agama Islam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Makan selepas Zuhur, Lebat daun melati; Nasi jadi bubur, Taubat sebelum mati. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Kerat rotan kopek kelapa, Tumbuk beras lumat-lumat; Rakyat Malaysia tidak lupa, Tanggungjawab sesama umat. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Serindit terbang rendah, Terbang mari menyongsong angin; Siapa tauhid kepada Allah, Masuk syurga jannatunnaim. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Burung nuri terbang tinggi, Angin bertiup sebelah barat; Mari kita pergi mengaji, Bekalan hidup dunia akhirat. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |