Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bh najis, tahi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. banjir. b. najis; tahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air besar

Peribahasa

Air besar,
     batu bersibak.

Bermaksud :

Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar. sibak = cerai, menepi.

 

Lihat selanjutnya...(20)

193

To fish in troubled waters

Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri.

Menangguk di air keruh

The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict.

Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menangguk di air keruh dengan menjual senjata kepada Negara terbabit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Sifat perahu suaka di air, Bila di air dapat belayar; Adat Melayu suka berfikir, Bila berfikir manfaatnya besar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Air surut sampah tersekat, Pasang besar baru belayar; Hati kusut badan pun penat, Kurang sabar tentu bertengkar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Air jernih ikannya jinak, Bila mandi bertambah segar; Hati bersih kawan pun banyak, Ke mana pergi tuahnya besar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Makan nasi berulam bawang, Makan halia tiga hiris; Besar mana nak meminang orang, Air disiram haram tak tiris.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas