Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,

Puisi
 

Petang-petang berisi manik,
     Jambu air letak di tepi;
Tuan datang marilah naik,
     Itulah air pembasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Kapal puan berisi manik, Jambu air tepi perigi; Tuan datang silalah naik, Ambil air pembasuh kaki.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Petang-petang berisi manik, Jambu air letak di tepi; Tuan datang marilah naik, Itulah air pembasuh kaki.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bagaimana mencucuk manik, Manik dicucuk di pagi hari; Abang adik silalah naik, Itu air membasuh kaki.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kanang-kanang berisi manik, Manik bersunting si bunga padi; Tuan datang silakan naik, Sedia air pembasuh kaki.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau bergenta berdering-dering, Naik bendik kuda Paloyang; Air mata giring-gemiring, Pabila kan sampai kasih sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Naik ke bukit terluncang-luncang, Nak ambil keropok air; Apa sakit duduk membujang, Lepas menumbuk mencedok air.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Naik rakit terkutang-kutang, Tiba ke teluk menimba air; Sangat sakit duduk membujang, Lepas menumbuk mencedok air.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kemili sejunjung naik, Rotan selingkar jatuh ke lubuk; Minta tikar saya nak duduk, Minta air pembasuh kaki. Joran kail di pangkal titi; Saya berdiri sudahlah nak naik,Kurik Kundi Merah SagaAdat
Naik gunung mana arak, Batu mana tanah air; Rendah gunung tinggi arak, Dari awal sampai akhir.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas