Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mengajak 1. menjemput (mempelawa dsb) seseorang dll supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat (menghadiri sesuatu dsb) atau turut melakukan sesuatu, men­jemput, menyarankan kpd (utk berbuat se­suatu), menganjurkan, menjemput (makan dsb): Malaysia telah ~ Filipina berunding mengenai Sabah; ia ~ isterinya berpindah ke Brunei; Hasnah ~ saya ke majlis hari jadinya; dia ~ kami makan; 2. membang­kitkan hati (utk melakukan sesuatu), men­cabar (utk): ~ berdebat; ~ bertumbuk; ajakan pelawaan atau jemputan utk turut serta melakukan sesuatu (pergi atau datang ke sesuatu tempat dll), saranan, pelawaan (baik berupa jemputan atau cabaran); pengajak orang yg mengajak, pendorong, perangsang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajak I

Puisi
 

Dayang-dayang sedang menari,
     Sekalian kadam petik kecapi;
Doa adik lebihlah lagi,
     Saya ajak abang sendiri.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Membeli tali pasar Senyawan, Dayang Juita berjalan kaki; Demi kupandang wajah menawan, Manakan ajak apa jadi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dayang-dayang sedang menari, Sekalian kadam petik kecapi; Doa adik lebihlah lagi, Saya ajak abang sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yang tinggi mula-mula nampak, Yang rendah nampak kemudian; Orang memuji berjagalah awak, Orang merendah ajak berkawan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas