Bila cukup bilangan hari, Takdir datang ajal pun tiba; Bila hidup tahukan diri, Fikiran panjang akal sempurna. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kapal belayar kemudi dipaut, Angin datang dari hutan; Walaupun datang ajal dan maut, Hati kakanda tidak lupakan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau pasang air di laut, Mahukah kita kail gelama? Sampai hukum ajal dan maut, Mahukah kita mati bersama? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kerat selerang kain mastuli, Belum terjual tukangnya mati; Kuat orang jangan peduli, Sebelum ajal berpantang mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Timur mari selatan mari, Jangan diajak darat laut; Hidup kita bersama mati, Bersama ajal dan maut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan Safar bulan kedua, Sesudah itu Rabiulawal; Menahan lapar tidak mengapa, Patah hati sampailah ajal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Si kuyong burung pipit, Terbang anak tiung lampai; Mentelah lama menaruh sakit, Tegal dek ajal belum sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ramai orang pergi mengaji, Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya saya memungkiri janji, Tanda ajal menjemput dulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rakit bukan sebarang rakit, Rakit raja semua berkawal; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit bercinta membawa ajal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |