Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.jar.a.jar] | اجر ٢

Definisi : sl pertapa, pendeta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajar-ajar

Puisi
 

Jahit baju jahit seluar,
     Jangan dijahit kain berbalik;
Kalau hendak sila ajar,
     Kalau tidak hendak saya nak balik.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Telinga bagai telinga rawah.

Bermaksud :

Tidak mengendahkan nasihat atau tegur ajar orang.

 

Lihat selanjutnya...(3)

576

Don't teach your grandmother to suck eggs

Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita

Anak kera hendak diajar memanjat

''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.

''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Jangan anak kera hendak diajar memanjat. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

PantunSumberTema
Adat sebanjar ajar-mengajar, Adat seladang kenang-mengenang; Adat mengajar pada yang benar, Adat mengenang susah dan senang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu bertunjuk ajar, Berisi petuah dengan amanah; Kuat Melayu duduk sejajar, Sarna tinggi dan sama rendah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata adat kata berhikmah, Tunjuk ajar isi di dalam; Kita seadat sama setanah, Duduk setikar makan setalam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata adat, Adat berisi tunjuk ajar; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati elok penyabar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai bertunjuk ajar; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai elok dan benar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok anak kerana dipandang, Dikandang dengan tunjuk dan ajar; Elok akhlak nama terpandang, Lapanglah jalan duduk pun benar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berburu ke Padang Datar, Dapat rusa bergelang kaki; Berguru kepalang ajar, Macam bunga kembang tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Jahit baju jahit seluar, Jangan dijahit kain berbalik; Kalau hendak sila ajar, Kalau tidak hendak saya nak balik.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Cumi dan Ciku pergi belajar, Terus bermain jungkang jungkit; Suami curang ditunjuk ajar; Biar tahu tingginya langit.Pantun Melayu SarawakKasih
Terbang tempua membumbung tinggi, Terbang geroda melengkok pagar; Orang nan tua dijunjung tinggi, Orang nan muda ditunjuk ajar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas