Kata adat kata berasal, Asalnya dari syarak dan undang; Ada adat sempurna akal, Akal terpuji akhlak terpandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa akal kita ke Bangkalih, Buah kundur belah dua; Apa akal nak bagi boleh, Satu sangkar burungnya dua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak nasi menjadi bubur, Akal padam badan mengeram; Sejak babi menjadi mandur, Halal haram dimakan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kayu paling tahan, Eksport dari Semantan; Musnah kehidupan, Akal mati jalan. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Bagaimana kapal takkan hanyut, Bila talinya tidak bertambat; Bagaimana akal tidakkan belot, Bila kajinya tidak beringat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila bekal tidak penuh, Berjalan jauh tentulah susah; Apabila akal tidak senonoh, Kawan menjauh seteru bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bawalah bekal berjalan jauh, Supaya tidak merasa lapar; Habislah akal badan berpeluh, Adinda tidak mahu kulamar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tidak beremas bungkal diasah, Tidak berkayu tangga ditakik; Adat lepas akal menyalah, Umat berseteru dunia terbalik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tarik akar si ragi akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ada kacang tumbuh di akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |