Kalau tak dapat mandi perigi, Mandi permatang nak mandi jua; Kalau tak dapat tahun ini, Tahun akan datang nak balik jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Anak keling duduk di upih, Duduk berjuntai di permatang; Kalau nak tolak kenal berkasih, Nanti si undai akan datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari mana datang berakit? Bawa berdua akan belayarnya; Dari tuan datang penyakit, Tuanlah juga akan ubatnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ganda guli gulut-bergulut, Titian ini menjelang batu; Ke mana pergi akan turut, Datang ke mari kerana malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Buah pauh di atas batang, Sayang cermai di atas batu; Tuan jauh ke mari datang, Meramai akan kampungku. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Mengetam padi dalam jerami, Angkut-angkut dalam almari; Kerana sudi akan kami, Bila dijemput datang ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |