Akan kupasang bukannya tongkang, Akan kupais bukannya lobak; Akan terbang bukannya burung, Akan menangis bukannya budak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tempurung bermata tiga, Ayam di bawah rumah kandang-kandangan; Akan terturun akan tiada, Lekat di rumah berpandangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Akan makan nasi berkuah, Gawai emas bergiring-giring; Kalau ada untung bertuah, Karam di laut dampar ke Siring. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Akan beratap daun keladi, Membuat junjung di tepi paya; Tunang si anu tidak menjadi, Bolehkah saya ikut bersama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kurang kapur tambah cendana, Burung punai atas keranji; Kami juga akan bertanya, Menunai akan segala janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak ulat mati dipukul, Anak tapah selam -menyelam; Yang benar akan timbul, Yang salah akan tenggelam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Dibuang akan ke tengah laut, Dipungut oleh raja Maiskol; Halus pinggangnya bagai diraut, Rambutnya panjang hujung bersimpul. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Beratlah badan akan ke ladang, Kerana takut ditimpa kayu; Kuingat tuan pagi dan petang, Fikiran kusut tiada menentu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Berkait-kait akan beluruh, Berkelok-kelok akar rotan; Berpahit-pahit kita dahulu, Barulah elok di kemudian. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Betung mana akan terbuang, Betung condong ke masjid; Jong mana tuan menumpang, Jong tuan Baginda Katib. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |