Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[akh.laq] | اخلاق

Definisi : Ar (jamak bagi khuluk) budi pekerti, kelakuan, tabiat: anak itu sudah rosak ~nya; ilmu ~ pengetahuan bkn kelakuan (tingkah laku) manusia; pegawai ~ pegawai yg meng­awasi anak-anak yg telah melakukan kejahat­an tetapi tidak dipenjarakan; berakhlak mempunyai akhlak: kehidupan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[akh.laq] | اخلاق

Definisi : 1 kelakuan atau tingkah laku yg baik; budi pekerti; moral. 2 kelakuan; tabiat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhlak


Pantun

PantunSumberTema
Tanda adat bersendi syarak, Syarak menyebut adat memakai; Tanda umat berbudi akhlak, Akhlak patut dilihat ramai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai akhlak terpuji; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramal bela-membela.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata adat, Adat berisi penonton akhlak; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati santun bertindak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat umat memegang adat, Di mana duduk akhlak senonoh; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya hidup tidak bermusuh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok anak dipuji orang, Dipuji pula orang tuanya; Elok akhlak berhati lapang, Budi mulia senang hidupnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok anak bertuah ibunya, Tentu bertuah pula ayahnya; Elok akhlak berfaedah ilmunya, Tentu berfaedah pula kerjanya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok anak elok ayahnya, Tentu elok pula ibunya; Elok akhlak elok bawanya, Tentu elok pula lakunya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan budi senonoh; Elok akhlak nama terpandang, Sepanjang zaman menjadi contoh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan laku pekerti; Elok akhlak nama terpandang, Sebarang kerja tentu menjadi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan petuah amanah; Elok akhlak nama terpandang, Orang segan maruah bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
1234

Kembali ke atas