Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aku anak

Puisi
 

Limau manis dari seberang,
     Bawa budak dalam perahu;
Hitam manis hatiku sayang,
     Anak siapa aku tak tahu.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

576

Don't teach your grandmother to suck eggs

Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita

Anak kera hendak diajar memanjat

''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.

''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Jangan anak kera hendak diajar memanjat. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Aku suka berumah tinggi, Pelantar besar sudah roboh; Aku suka beranak tiri, Anak besar senang disuruh.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Limau manis dari seberang, Bawa budak dalam perahu; Hitam manis hatiku sayang, Anak siapa aku tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Aku tak suka berumah tinggi, Tiang bertakuk bendul bertarah; Aku tak suka beranak tiri, Anak dikatuk emaknya marah.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Abang tidak bersua lagi. Jatuh menimpa anak buaya; Sudah jelak aku membujuk, Dinda tak suka apalah daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak Cina membawa kereta, Hendak melawat ke luar negeri; Sudah lama aku bercinta, Jodoh tidak dapat ditukar ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina pulang ke China, Sampai ke China menjual ragi; Engkau punya aku pun punya, Sama sekerat kita berbahagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak ikan dimakan ikan, Ikan ini buang kepala; Hilang nyawa dari badan, Aku suka main berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak merbah di paya Tuk Barat, Pakai kain dua seragi; Hang tak megah aku tak minat, Orang lain ramai lagi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Anak ayam turun sepuluh, Mati seekor disambar helang; Kalau tuan berani sungguh, Rebutlah aku di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak merbuk sarang di luar, Pucuk paku pucuk beringin; Biar buruk kaki seluar, Hati aku sikit tak ingin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas