Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kur] | اکور

Definisi : (ber)setuju, menerima (sesuatu ke­dudukan dsb): saya tidak ~ engkau kahwin seorang lagi; mengakuri menyetujui, menerima: teorinya diakuri segenap ahli penyelidik; “Keimen Baunka Shidosa” harus menyuguhi dan ~ kehendak-kehendak Jepun; mengakurkan 1. mencocokkan, menye­suai­kan; 2. mendamaikan (orang bertengkar dll); keakuran persetujuan, persesuaian, kecoco­kan: saling mengerti dan ~ diperlukan dlm satu pertubuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kur] | اکور

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), akar bunga tanjung, akar perah, jelur kait, Illigera appendiculata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kur] | اکور

Definisi : setuju; sependapat: Kadang-kadang dia tidak ~ dgn pendapat kawannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akur


Pantun

PantunSumberTema
Adat sedapur sesama akur, Adat sepinggan sesama makan; Adat akur jangan takbur, Adat makan jangan menghabiskan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat hidupnya akur, Dengan saudara seminum semakan; Membuang adat negeri hancur, Hidup sengsara makan-memakan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Alangkah elok si bunga melur, Baunya harum menyejukkan hati; Memanglah elok bersaudara akur, Semakan seminum sehidup semati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Gulai lemak atau sempedas, Cukup seukur dengan rempahnya; Damai dunia bala pun lepas, Hidup akur dengan tuahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat perempuan berlemah lembut, Elok manis tutur katanya; Adat berjalan tuah mengikut, Duduk di majlis akur semuanya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas