Hari Jumaat mengali halia, Hari hujan menyuluh ketam; Nabi Muhammad Nabi mulia, Jadi ikutan seluruh alam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Raut buluh raut rotan, Duduk memtik daun ulam; Laut biru jelas kelihatan, Di bawah berjuta rahsia alam. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Raut buluh raut rotan, Duduk memetik daun ulam; Laut biru jelas kelihatan, Di bawah berjuta rahsia alam. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Hari Jumaat ikut mengaji, Sehari dapat dua kali khatam; Nabi Muhammad patut dipuji, Memberi rahmat seluruh alam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah redup perkara redup, Redup alamat hari kan malam; Banyaklah hidup perkara hidup, Hidup Muhammad merahmati alam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Alam berkasih seindah bunga, Harum kasturi bunga kenanga; Allah kasih kepada hamba-Nya, Petaka Tsunami kebesaran-Nya. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Begitu indah alam berseri, Pakai kebaya pakai sari; Begitu cepat adik berdiri, Belum merangkak sudah berlari. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Sudah terhimpun di alam berzakh, Menunggu saat untuk dihisab; Sudah dapat segolong ijazah, Tak pandai jawi apakah sebab? | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Jong ditembak menggugah alam, Batang tiang buat gantian; Tidur tersentak di tengah malam, Kenang-kenanglah pada perjanjian. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak bulan tidak mengambang, Alam terang menjadi gelap; Sejak tuan tak sudi datang, Hatiku bimbang tak tidur lelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |