Apa tandanya batang kulim, Batang kulim panjang belahnya; Apa tandanya orang nan alim, Orang alim lapang dadanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kata tua kata alim, Alim memakai Kitabullah; Hina bangsa beraja zalim, Zalim sampai ke dalam tanah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Alim nampak kepada rupa, Alim dijunjung sampai tua; Yatim anak tiada berbapa, Yatim kampung tiada bertua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Patuh Melayu kepada bapak, Bapa alim anak bertuah; Senonoh laku sempurna tegak, Bagaikan kayu banyak berbuah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Budak-budak baik mengaji, Lagi alim lagi terpuji; Cukup bekal naik haji, Supaya dapat syafaat nabi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Tanda adat bersendi syarak, Meminta kaji pada yang alim; Tanda umat berbudi akhlak, Pantang sekali berlaku zalim. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sungguh zalim orang pendusta, Jahat bicara lidah pun tajam; Sungguh alim si orang buta, Melihat betina mata pun pejam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalaulah hilang kulim di rimba, Rosaklah padi dimakan rusa; Kalaulah hilang alim ulama, Rosaklah negeri ditelan dosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kerana ada kulim di rimba, Batang langsat jadi berputik; Kerana ada alim ulama, Orang yang sesat menjadi baik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Besarlah rusa di dalam rimba Rusa dibantai kerana jerat; Besarlah jasa alim ulama, Jasa terpakai dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |