Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amat;

Puisi
 

Rumah baru sudahlah siap,
     Tapi dapurnya amat sempit;
Kuat burung kerana sayap,
     Kuat ketam kerana sepit.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bagai emak mandul baru beranak.

Bermaksud :

Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat.

 

Lihat selanjutnya...(39)

355

Man proposes, God disposes

Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan

“If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager.

''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan, tuan'', jawab pengurus.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Cik Amat orang Segamat, Buluh tolam dibuat bangsi; lambat/ selamat Biar lambat asal selamat, Kalau termalam apa nak dinanti.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Cik Amat orang pendekar, Pandai merapat haluan perahu; Ingat-ingat helang menyambar, Kalau tak dapat beroleh malu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Cik Amat mengail ikan, Dapat seekor ikan tenggiri; Selamat tinggal saya ucapkan, Panjang umur berjumpa lagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Cik Amat bawah rumah, Daun selasih dibalik-balik; Minta maaf tuan rumah, Kami mula hendak balik.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayang Cik Amat tukang Kelantan, Kacip besi dengan besi; Kurasa kiamat di dalam badan, Jantung berperang dengan hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buyong si amat Jutan, Lelap tinggi hari; Hari-hari gila sumpitan, Tegal dek burung terbang tinggi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lain ketupat lainlah lepat, Jadi juadah amat termasyhur; Lain kujerat lain yang dapat, Nasi pun sudah menjadi bubur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rumah baru sudahlah siap, Tapi dapurnya amat sempit; Kuat burung kerana sayap, Kuat ketam kerana sepit.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tutuh pelam tutuh keranji, Tutuh sedahan lebat amat; Sebulan boleh dinanti, Setahun lambat sangat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tali jerami penjerat rusa, Diikat pada kayu sebatang; Hatiku ini amat terseksa, Melihat tuan main belakang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas