Laju ajung terkikis-kikis, Si ambang-ambang si bunga kayu; Nombor satu mister Inggeris, Nombor dua cikgu Melayu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bulan sabit di ambang petang, Makin dipandang semakin indah; Sudah nasib abang yang malang, Hendak meminang adiklah nikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mengapa duduk di ambang pintu, Lapis-berlapis sanding papan; Mengapa cakap abang begitu, Berapa lapis dinding di badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Redup hari di ambang petang, Tak lama lagi pasang pelita; Hamba ini dagang terbuang, Ke mana pergi orang menista. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Panjang pandak si pucuk limau, Panjang menyapu awan muda; Budak kecil di ambang panau, Tidak disangka membuat gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bila berjalan berkain panjang, Selendang biru jangan lupakan; Apabila puan ingin bertandang, Di ambang pintu hamba nantikan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |