Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ambil;

Puisi
 

Ambil lepas dalam cerana,
     Ambil tali ikat peria;
Ambo nak pelepas anak teruna,
     Pelepas sekali anak dara.


Lihat selanjutnya...(142)
Peribahasa

Buka kulit,
     ambil (= tampak) isi.

Bermaksud :

Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Ambil buluh dibuat galah, Galah patah dimain budak; Jauh sekali menyerah kalah, Belum mencuba berganjak tidak.Pantun Melayu SarawakKasih
Ambil buah berangan, Kampung Ulu Mukah; Pandai guna tangan, Bijak mengatur langkah.Pantun Melayu SarawakJati Diri
Ambil cincin sarung di jari, Pakai oleh budak-budak; Kalau berniaga ringgit sendiri, Cili garam taukeh juga.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Ambil akar tanah seberang, Bawa belayar pergi Sandakan; Kedai besar barang kurang, Apa guna berniaga di pekan.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Ambil kapak belah ke kundur, Baik terbelah si ibu kaki; Walau setapak saya tak undur, Itu adat anak laki-laki.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Ambil bilah di rumpun jering, Jering bersanggit di batang pinang; Kalau jalak lawan biring, Belum tentu kalah menanglawan/belumKurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Ambil galah kupaskan jantung, Orang Arab bergoreng kicap; Kepada Allah tempat bergantung, Kepada nabi tempat mengucap.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Ambil galah jolok limau, Limau jatuh atas paku; Ditakdir Allah ditangkap harimau, Kalau hidup tak boleh kat aku.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Ambil cengal buat kemudi, Hanyut batang hambat berhambat; Abang dengar saya baik budi, Abang datang lambat sangat.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Ambil bertih dari hulu, Isi mari di dalam balang; Bersihkan laman kita dahulu, Baru bersihkan halaman orang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
12345678910...

Kembali ke atas