Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Puisi
 

Anak itik terenang-renang,
     Renang mari depan perahu;
Kita juga terkenang-kenang,
     Orang jauh tak ambil tahu.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Hendak memakan buah cermai, Makan bersama jambu susu; Puas ombak melanda pantai, Mengapa pantai tak ambil tahu?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak itik terenang-renang, Renang mari depan perahu; Kita juga terkenang-kenang, Orang jauh tak ambil tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Betik dijual di pasar Padawan, Air mengkudu air tebu; Adik seorang rindu-rinduan, Orang dirindu tak ambil tahu.Pantun Melayu SarawakKasih
Sayang Sebandi Kuala Kabong, Mati berenang dalam perahu; Rasa nak putus hati mengenang, Tuan dikenang tak ambil tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tahu lemaknya lada, Ambil minyak linang-linangkan; Kalau nak tahu lemaknya janda, Ambil anak timang-timangkan.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Ambil badan kerat-kerat, Mari letak haluan perahu; Sakit badan haluan diubat, Sakit hati siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sutera ini sutera sulaman, Ambil dibuat pengilat kaca; Surat ini surat kiriman, Kalau nak tahu cubalah baca.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jika berkelik parah di bukit, Ambil alu terkenangkan paya; Paling muka senyumlah sedikit, Sudah tahu diamlah kita.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas