| Kalau tuan berakit kayu, Boleh ambo berakit buluh; Tiada dagang nak tanggung malu, Sungguh kasih teramat sungguh. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Ambil lepas dalam cerana, Ambil tali ikat peria; Ambo nak pelepas anak teruna, Pelepas sekali anak dara. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Tanjung Kuala tanahnya merah, Kutip ulam pucuk berdaun; Ambo gila orang baju merah, Habis bulan berganti tahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Orang Keling sembahyang kusami, Bawa dian sepuntung seorang; Ibarat ambo rumput di bumi, Pagi petang dipijak orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Cik Gayah menukang pari, Patah tambak gelombang satu; Bukan senang ambo ke mari, Sepok dek ombak gelombang satu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Petang-petang ribut berdengung, Sarang penyengat di daun padi; Petang-petang ambo melengung, Teringat pada adinda tadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Mudik ke Hulu Bukit Beruas, Ambik kulit jemur tenggiri; Adik turut ambo tak puas, Cuma abang tak insafkan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| AnakCina turun ke pekan, Minum arak sambil berdiri; Jangan dihina orang berdagang, Ambo mari nak kirim diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Anak sepat mata merah, Ambil lepas dalam cerana; Kalau tersepak jangan marah, Ambo nak pelepas anak teruna. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Jebak kambing tidur di kandang, Jebaknya luruh sampai ke tanah; Sedaplah kelih adik di jalan, Ambo nak turut sampai ke rumah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |