Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak bangsa


Pantun

PantunSumberTema
Sutera merah lukisan Ayu, Dijual oleh anak Kedah; Putera sejati anak Melayu, Gagah tampan menyusun langkah.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Kain kapas kain sutera, Sutera merah lukisan Ayu; Jadi tatapan anak Negara, Putera sejati anak Melayu.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Anak angsa mati lemas, Lemas mari di air masin; Hilang bangsa kerana emas, Hilang budi kerana miskin.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Anak rusa jalan merapah, Hari senja tulang pun letih; Awak hina bangsa pun rendah, Pada siapa menumpang kasih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak kucing bercakar-cakar, Berlari-lari berbondong-bondng; Pekan Bau hangus terbakar, Emas hilang berjongkong-jongkong.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Anak kerbau mati lemas, Bangkai tersangkut di Kampung Baru; Cina Bau mendulang emas, Lombong emas di Tasik Biru.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Kata tua kata berinduk, Induk turun dari syarak; Hingga bangsa gila beramuk, Buruk menurun kepada anak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dijual oleh anak Kedah, Banyak terdapat di kedai Jamilah; Gagah tampan menyusun langkah, Tidak tercucuk jarum sebilah.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Arang batu lembah Kalimantan, Lombong diurus anak Peringgi; Orang sudah samai ke bulan, Tuan mencedok air perigi.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Tempat bersarang pohon rambutan, Belanak budu tidak bergaram; Tanah sehasta jadi rebutan, Anak menumpang di tanah haram.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
12

Kembali ke atas