Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bulan sebagaimana yg kelihatan pd hari pertama sesuatu bulan Hijrah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak bulan

Puisi
 

Anak yu senangin bulan,
     Bawah bulan pagar jerami;
Kalau rindu pandang bulan,
     Dalam bulan ada kami.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Anak bulan tiada pohon, Anak kubis tepi sempadan; Habis bulan berganti tahun, Sudah habis nyawa di badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak yu senangin bulan, Bawah bulan pagar jerami; Kalau rindu pandang bulan, Dalam bulan ada kami.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak endu termami bulan, Bawah bulan pagar jerami; Tuan rindu pandang bulan, Bawah bulan ada kami.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Arab lalu sekawan, Singgah berhenti pohon gaharu; Jangan harap cahaya bulan, Bulan tidak terang selalu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Terang bulan muka diukir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Bulan terang memungut paku, Anak kumbang terayap-rayap; Orang seberang hendakkan aku, Hendak terbang tidak bersayap.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Terang bulan awan beralih, Anak yatim berkayuh perahu; Lahir kupandang nampak kekasih, Dalam hati siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak dara berkain cukin, Dari Daik bulan puasa; Tidak kira kaya miskin, Asalkan baik budi bahasa.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Ini bulan bahasa, Kembara seluruh negara, Anak jadi mangsa, Ibu kena dera.Pantun Melayu SarawakNasihat
Anak raja turun berperang, Menemui seekor burung terkikir; Tuan laksana bulan terang, Cahaya terus di dalam air.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas