Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) perempuan yg sudah baligh tetapi belum berkahwin, gadis, perawan; b) Mn pengantin perempuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : anak perempuan yg agak besar (belum berkahwin atau bernoda), gadis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gadis yg belum berkahwin dan masih suci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak dara

Puisi
 

Anak dara mengandam dahi,
     Rambut ditanam di tepi telaga;
Anjing biasa makan tahi,
     Kalau tak makan cium juga.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Bagai anak dara sudah berlaki.

Bermaksud :

Anak perempuan yang tiada malu, pemalas dan pengotor.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Anak dara menenun kain, Kain ditenun benang sutera; Hati tidak pada yang lain, Tuan seorang hati tak lupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak dara duduk di pintu, Duduk menunggu padi jemur; Janganlah adik kata begitu, Belasnya abang bila mendengar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak dara duduk di pintu, Turun ke laman pergi mandi; Kalaulah tuan kata begitu, Barulah senang rasa hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak dara di tebing sungai, Duduk menjerat ketam batu; Manis rupa elok perangai, Tolong pilih yang mana satu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak sungguh kayu di paya, Ada sebatang pokok meranti; Banyak sungguh anak dara, Ada seorang berkenan di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas