| Anak negeri anak pangeran, Hendak bermain di bawah rumah; Hati rindu apa dihairan, Makan di tangan kerana disuruh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Ikan tenggiri dimasak opor, Ikan parang dimasak santan, Anak Negeri mati kebulur, Orang seberang diberi makan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Mengalir air mata, Air mata menteri, Engkaulah permata, Permata anak negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Begitu juga keropok tenggiri, Hasil produk ahli pesara; Itulah wajah anak Negeri, Setia berkorban untuk Negara. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Titi jalan mati, Titi Bandar Miri; Syaitan puas hati, Musnah anak negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
| Di jalan raya berjual ragi, Begitu juga keropok tenggiri; Budaya kita dijulang tinggi, Itulah wajah anak Negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Negeri Acheh negeri aman, Anak tekukur terbang deras; Bunga setangkai di dalam taman, Belum gugur belumlah puas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Beras dibawa dalam negeri, Anak udang dalam perahu; Emas perak boleh diuji, Hati orang siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Sejak kera masuk negeri, Anak merbah jadi merajuk; Sejak ketua sibuk mencuri, Anak buah jadi perampok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Anak kera masuk ke negeri, Duduk menangis sakit kepala; Awak dah tua tak tahu diri, Menengok perawan bangkit selera. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |