Air pasang anak-anak, Sampai pasang hujung sana; Kerbau jalang baru nak jinak, Baru merapat kandang lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak-anak dara, Main kuda-kuda, Anak kena dera, Mak tutup muka. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Anak-anak di kayu tinggi, Tempat galah si daun pisang; Anak dagang menumpang di sini, Bajulah basah kering di pinggang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Maksud hati mengindang belanak, Belanak tak dapat hiu pun jadi; Maksud hati meminang anak, Anak tak dapat ibu pun jadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak itik si anak angsa, Beri padi anak kededek; Anak ini anak celaka, Beri laki anak berkehendak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak tiung anak ketitir, Anak balau terlompat-lompat; Barang dikendong habis tercicir, Barang dikejar haram tak dapat. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Anak ndong anak ketitir, Anak merbah terloncat-loncat; Untung dikendong habis tercicir, Untung dikejar haram tak dapat. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Anak sepat anak sembilai, Anak tengkarung di dalam padi; Dari jauh sengek dan kulai, Senyum serong haram tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Anak ikan anak angsa, Anak kala makan api; Patuk tedung abang tak bisa, Jeling janda nyaris nak mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Anak itik anak angsa, Anak menyusur lumut di batu; Jangan ditilik orang berbangsa, Tilik akan dagang piatu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |