Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na/.be.ra.na/] | انق-برانق

Definisi : 1. sekeluarga (ibu bapa dan anak-anak mereka): dialah yg membantu kami ~; 2. suami atau isteri serta anak-anak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak-beranak

Puisi
 

Ke Badam sudah ke Muar belum,
     Anak beranak mengambil angin;
Temu sudah kupandang belum,
     Ibarat gambar dalam cermin.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Tebu setuntung jadi separak.

Bermaksud :

Anak gadis seorang, setelah kahwin beranak banyak pula. setuntung = sepotong kecil.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Setambun anak-beranak, Sisiknya berlendir-lendir; Minta ampun banyak-banyak, Pantun kami sindir-menyindir.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Setaung anak -beranak, Tampak merah bulu sayapnya; Mintak ampun pada nan banyak, Banyak nan salah dengan silapnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sifat keluarga berkasih sayang, Anak-beranak sama muafakat; Adat dijaga budi terbilang, Rezeki banyak beroleh rahmat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dapat udang menjadi lauk, Dimakan bersama anak-beranak; Teringat abang hatiku remuk, Pesan tiada khabar pun tidak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ke Muar sudah ke ladang belum, Anak-beranak mengambil angin; Pandang sudah temu belum, Ibarat gambar dalam cermin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ke Badam sudah ke Muar belum, Anak beranak mengambil angin; Temu sudah kupandang belum, Ibarat gambar dalam cermin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pucuk kaduk di tepi perigi, Diambil orang anak beranak; Biar buruk asalkan besi, Sanggup rebah kayu yang banyak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Yang batu memanglah malang, Tercampak tidak timbul lagi; Orang berkuku bersenang-lenang, Anak-beranak berbagi rezeki.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Dapat itik baru beranak, Anak tercebur ke dalam kuali; Teringat adik dadaku sesak, Awak menegur tidak berani,Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak ayam beranak empat, Mari makan di cerang rimba; Hak jinak tangkap tak dapat, Hati mana abang tak gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas