Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata andainya,


Pantun

PantunSumberTema
Andainya kuda memakan nasi, Tentulah makan dengan tuanya; Andai mudanya tekun mengaji, Tentulah nyaman di hari tuanya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Andainya kuda memakai tanduk, Tentu rupanya kan lebih gagah; Andai mudanya berperangai elok, Tentu tuanya lebih bertuah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Andainya kuda tak mahu besar, Tentulah susah dinaiki orang; Andai mudanya tak mahu belajar, Tentulah tuanya jadi terbuang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Andainya kambing tidak berjanggut, Tentulah lain nama diberikan; Andai keningnya tidak pernah sujud, Tentulah lenjin di hari kemudian.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Andainya hujan lebat mencurah, Eloklah kita membawa payung; Andainya kawan dapat musibah, Eloklah kita segera menolong.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Andainya hujan lebat sekali, Jangan pergi menahan jerat; Andainya kawan mendapat rezeki, Jangan mengiri atau mengumpat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Andainya sudah memakai kain, Jangan lagi berseluar panjang; Andainya sudah bernikah kahwin; Jangan sekali berlagak bujang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Andainya sudah memakai kain, Elok sekali mengenakan baju; Andainya sudah bernikah kahwin, Duduk berdiri menjaga malu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Andainya ketupat sudah diisi, Cepat-cepat menjerang kawah; Andainya pangkat sudah tinggi, Ingat-ingat orang di bawah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Andainya laut sudah tenang, Cepat-cepat memasang layar; Andainya perut sudah kenyang, lngat-ingat orang yang lapar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
123

Kembali ke atas