Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ki khabar yg tidak tentu benar salahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : khabar yg tidak tentu benar tidaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Puisi
 

Kalau tuan pandai menyurat,
     Suratkan saya di angin lalu;
Kalau tuan pandai mengubat,
     Ubatkan saya hati yang rindu.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Sifat kayu bertinggi rendah, Di sanalah tempat angin lalu; Adat Melayu berhati rendah, Di sanalah tempat beraib malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau tuan pandai menyurat, Suratkan saya di angin lalu; Kalau tuan pandai mengubat, Ubatkan saya hati yang rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beringin tumbuh di luar pagar, Kompang dipalu bersama teman; Angin lalu udara segar, Tumpang teduh indahnya taman.Pantun Melayu SarawakKasih
Badak tenuk namanya haiwan, Hidup selalu di dalam rimba; Hendak menjenguk terasa segan, Ke angin lalu ku kirim cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kinabalu gunung mengawan, Makin direnung makin terharu; Kalau rindu pandangkan bulan, Pesan kirim di angin lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bingka diletak dalam talam, Buat jamuan Dato Penghulu; Jika rindu kukirim salam, Kubisik rindu di angin lalu.Pantun Melayu SarawakKasih
Cik Ayu apa mimpinya, Mimpi bertemu lengan baju; Kalau kayu sama tingginya, Di mana angin hendak lalu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak Keling anak Cina, Ketiga dengan anak Melayu; Jangan belayar angin tak kena, Takut karam tenggelam lalu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas