Anjing angkat anjing berburu, Anjing berburu di luar kota; Lagi tak dapat lagi dituju, Hendak menyapu arang di muka. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Anak anjing dua beradik, Satu bodoh satu cerdik; Saya umpama teras yang baik, Tahan berjemur di panas terik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bawa anjing pergi berburu, Berburu sampai ke Tanjung Pinang; Sudah bersetuju ayah dan ibu, Bolehlah abang masuk meminang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Anak musang disalak anjing, Hingga malam lari menyosok; Hendak meminang tidak sebanding, Dibawa diam hatiku remuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anjinglah asap asap berbuku, Anjing menyalak di pintu kota; Lagi tak dapat lagi berguru, Hendaklah sapu arang di muka. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Baik dikepung jangan dipalu, Anjing hitam datang meluru; Betullah pesan nenekku dulu, Harimau menderam makan tak mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Bukit Beguk barat Melaka, Anjing menyalak ayam hutan; Buah jarak tidak kusangka, Jarak menjadi buah rambutan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Apa gunanya orang berburu, Bila tidak membawa anjing; Apa gunanya abang mencumbu, Bila berjalan tidak seiring. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kijang kuning di tengah belukar, Disalak mari anjing Belanda; Meski di dalam padang terbakar, Adik seorang aku tak lupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang Lengging membuat rakit, Rakit dibuat kayu nyatuh; Biarlah anjing menyalak bukit, Bukit tetap tidakkan runtuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |