Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.jung] | انجوڠ

Definisi : bahagian rumah yg ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah); ~ peranginan anjung tempat mengambil angin; anjung-anjung, anjungan panggung yg tinggi di buritan perahu; beranjung, berperanjung mempunyai an­jung: adalah dilarang membangunkan rumah ~ dan rumah bertiang gantung; menganjung 1. = menganjungkan meme­gang tinggi-tinggi, meninggikan, mengangkat tinggi-tinggi: ~ layang-layang yg hendak di­naik­kan; 2. = menganjung-anjung, meng­anjung-anjungkan memuji-muji, meng­angkat-angkat, menyanjung-nyanjung: ia orang yg suka dianjung; 3. menuju (pera­hu dll): perahu itu pun ~ ke tengah laut; menganjungkan diri bagai sepasin prb Mn dikatakan kpd orang yg hina tetapi hendak melagakkan diri; tinggi dianjung, besar dilambuk prb Mn kebesaran seseorang itu ialah kerana dimuliakan oleh anak buahnya; anjung-anjungan puji-pujian yg berlebih-lebih: ia tak termakan oleh ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.jung] | انجوڠ

Definisi : bahagian rumah (di tengah atau di sisi) yg lantainya ditinggikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjung

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

163

Dig the well before you are thirsty

Buat persediaan sebelum terlambat

Berkubu sebelum alah

"Why do you have to bring an umbrella?" asked Dewi. "Dig the well before you are thirsty," I replied. " But it's not going to rain today, and it’’s not the rainy season," said Dewi. "But we can use it as a weapon for out protection from wild dogs and suspicious man!" I reminded her.

''Kenapa awak bawa payung?” tanya Dewi. “ Berkubu sebelum alah ,” jawabku. “Tetapi hari ini tidak hujan, dan sekarang ini bukan musim tengkujuh,” kata Dewi. “Tetapi payung ini boleh kita gunakan sebagai senjata untuk melindungi kita daripada anjung liar dan orang yang mencurigakan!” aku mengingatkannya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Pergi memajak tanah di anjung, Uni menjadi ambil buahnya; Bumi dipijak langit dijunjung, Sebiji padi emas padahnya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tupai berlari naik ke anjung, Turun ke tanah berjalan pincang; Sampai mati adikku sanjung, Walaupun sudah di tangan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Naik ke bukit bertanya anjung, Buat tanam pisang baka; Kandar sirih sembilan junjung, Nak meminang anak pusaka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Raja Sultan bersarung kuda, Buku siap bermain kilarnak; Anjung yang tetap menjadi legar, Dipandang laut berombak tidak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Batu bata jalan tak rata, Bersenang-senang di luar anjung, Kata-mengata antara kita, Kalah menang tiada yang untung.Pantun Melayu SarawakNasihat
Alang-alang mandi di diluang, Takut lemas mandi di anjung, Abang merantau segera pulang, Bawa emas berjongkong-jongkong.Pantun Melayu SarawakKasih
Tebu liat si tebu lanjut, Di kilang dipanas mentari; Jatuh berderak tangga anjung, Kerana abang pulang dinihari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas