Jangan dibakar antan kayu, Antan tidak dimakan api; Jangan dicabar jantan Melayu, Jantan Melayu tak takut mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jangan diangkut antan ke seberang, Telungkup penampi dilendan galah; Jangan takut kepada jantan orang, Hidup dan mati di tangan Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kerana tugal disangka antan, Banyaklah orang tidak ke ladang; Kerana bilal lupakan azan, Banyaklah orang tidak sembahyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak tempua ditimpa antan, Kaki luka mulut berdarah; Awaklah tua selera menyetan, Berbini muda lutut pun goyah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Rosak lesung kerana antan, Sebab menumbuk padi puteri; Hilang buntat berganti intan, Baru jadi sinar negeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |