Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pa.a.pa] | اڤ ٢

Definisi : pengganti sesuatu yg kurang terang; barang sesuatu; sesuatu: ~ yg ada di situ sudah diambilnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apa-apa

Puisi
 

Apa sebab bulan tak terang,
     Bulan pega di Tanjung Batik;
Apa sebab apa tak datang,
     Abang pegang muda yang cantik.


Lihat selanjutnya...(293)
Peribahasa

Tiada berbulu lagi.

Bermaksud :

Tiada punya apa-apa lagi.

 

Lihat selanjutnya...(80)


Pantun

PantunSumberTema
Apa dijual apa dibeli, Mari sukat gantang Ali; Bahasa tak boleh dijual beli, Dari hidup sampai mati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Apa direnung apa dikenang, Kamek dua Pulau Bali; Baranglah nisik jangan dikenang, Baranglah ada menghibur hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna pokok pinang, Daun hijau kuning padi; Apa diingat apa dikenang, Gunung dikejar tidakkan lari.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Apa sebab bulan tak terang, Bulan pega di Tanjung Batik; Apa sebab apa tak datang, Abang pegang muda yang cantik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sirih cina dari China, Apa ditunggu apa dijaga; Saja rupa tidak bena, Di dalam hati tak akan lupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baba nyoya membeli kana, Asam kandis asam mempelam; Apa sebab apa punca, Tuan menangis siang dan malam?Pantun Melayu SarawakKasih
Pukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab apa kerana, Minta tolong syariat nabi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Telur penyu di hujung pasir, Ditimba oleh hujan panas; Apa direnung apa difikir, Setegal rindu hati yang panas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Darilah Raib berperahu ke hutan, Lumba pertama si nombor satu; Apa ditangis apa disukakan, Hilanglah lama berganti baru.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa berdebuk seberang pekan, Buli-buli kena jerat; Buah yang mabuk jangan dimakan, Batang berduri jangan dipanjat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345678910...

Kembali ke atas