Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : pakah,apatah,apalah,apa kah,adakah

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apakah

Puisi
 

Apa digulai orangdi ladang,
     Pucuk kacang jela-berjela;
Apakah Tenggang anak dagang,
     Hari petang jenjang orang hela.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku,
     kalau tidak dibakar.

Bermaksud :

Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Apakah lilin di biduk, Namun gala-gala jua; Apakah kirim mande esok, Anak berurai air mata jua.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Apa digulai orangdi ladang, Pucuk kacang jela-berjela; Apakah Tenggang anak dagang, Hari petang jenjang orang hela.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Siti Zubaidah menjadi raja, Menjadi raja negeri Yunan; Apakah sudah berpandang mata, Kalau tak dapat menjadi ponan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pukul rebana pukul kecapi, Raja berarak dari seberang; Apakah sebab jadi begini, Karam berdua basah seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apalah kena gigiku ngilu, Bawa berulam buah pelada; Apakah kena hatiku pilu? Bawa memandang wajah kakanda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah duku masak setangkai, Dalam balang di tepi pintu; Apakah ilmu yang tuan pakai, Makin dipandang semakin rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berhiba jangan bersedih pun jangan, Berapa harga emas tempawan; Bala bencana yang diturunkan, Apakah dosa kami lakukan?Pantun Melayu SarawakRampai Tsunami
Belilah galah barang sebatang, Supaya mudah menjemur kain; Hati gelisah abang tak datang, Apakah pindah pada yang lain.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Putik pauh lempar berdengung, Jatuh berserak di dalam padi; Dari jauh adinda tersenyum, Apakah hajat di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hisap rokok tembakau Cina, Terbit asap berbunga-bunga; Wahai adik abang nak tanya, Apakah penyakit tidur tak lena?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas