Seribu buluh ditebang orang, Apatah lagi buluh sebatang; Seribu musuh ditentang orang, Apatah lagi musuh seorang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Rebung ditebang direntap orang, Apatah lagi rumput semeta; Burung terbang ditangkap orang, Apatah lagi semut melata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Batang rambat berjela-jela, Apatah lagi batang keladi; Sedang terlambat bagaikan gila, Apatah lagi kahwin tak jadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sedangkan burung dicari orang, Apatah lagi pipit di sawah; Sedangkan gunung didaki orang, Apatah lagi bukit nan rendah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Maksud hati menebang saja, Disuruh pepat apatah lagi; Maksud hati memandang saja, Disuruh dekat apatah lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Maksud hati ke lading saja, Dibawa ke dapur apatah lagi; Maksud hati bertandang saja, Dibawa tidur apatah lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sungguh susah mencari terubuk, Apatah lagi menggunakan jala; Sungguh rendah hati si bongkok, Ke mana pergi menundukkan kepala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Datuk Kelana pergi menangguk, Tersangkut tangguk di sauh kapal; Saya umpama orang mengantuk, Apatah lagi disorong bantal. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Semut api dari seberang, Ke sana ke mari mengangkut pasir; Lautan api direnangi orang, Apatah lagi lautan air. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sayang langimut tumpah di papan, Daun yang lekang beragi-ragi; Mengelimut berhadapan, Jika di belakang apatah lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |