Api-api dusun, tembaga dusun, Anak Keling kaca, bergelang kaca; Bukan mati racun, kerana racun, Mati terhelin mata, si ekor mata. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Api-api namanya kayu, Tumbuh rapat di tepi pantai; Hati-hati jika merayu, Salah alamat mati kubantai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Api-api tembaga dusun, Anak Perlin bergelang kaca; Bukan mati kerana racun, Mati terjelir si ekor mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Api-api pangkalan tarap, Pucuk meluncur dari Labuan; Laki-laki jangan diharap, Bijak memujuk si perempuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Api-api berpagar dusun, Anak Keling bergelang suasa; Bukan mati kerana racun, Mati kerana tidak kenal biasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kucing kurus meniup api, Api nan tidak mahu menyala; Biarlah kurus asal tak mati, Hati nan tidak menurut kata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kucing kurus menghidup api, Api tidak pandai menyala; Kurus badan menahan hati, Tidak tertahan rasanya jiwa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Keling meniup api, Api tidak mahu menyala; Kurus kering menahan hati, Hati bukan mendengar kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika tuan pergi ke laut, Saya berkirim api-api; Tuan bercakap manis di mulut, Saya mendengar pedih di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |