Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rah.a.rah] | اره ٢

Definisi : Mn serupa, hampir sama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arah-arah

Puisi
 

Tanjung Sempit Kuala Tembeling,
     Arah menghala Lautan Cina;
Dia mengenyit saya menjeling,
     Kenapa seorang jadi merana.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti pikat kehilangan mata.

Bermaksud :

Bingung tak tentu arah. pikat = sebangsa lalat besar.

 

Lihat selanjutnya...(6)

149

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Akan mengaji, surat ‘lah hilang; akan bertanya, guru ‘lah mati

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana seperti akan mengaji, surat ‘lah hilang; akan bertanya, guru ‘lah mati .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Pantun

PantunSumberTema
Lumba-lumba mudik sekawan, Naik gunung mana arah; Hendak perhamba padamu tuan, Tinggallah gunung tinggallah arah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanjung Sempit Kuala Tembeling, Arah menghala Lautan Cina; Dia mengenyit saya menjeling, Kenapa seorang jadi merana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana orang takkan ke hulu, Arah kuala anginnya besar; Bagaimana abang takkan cemburu, Adinda sengaja bermain kasar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila orang pergi ke hulu, Tentulah balik ke arah kuala; Apabila abang mati merayu, Tentulah adik patah selera.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Induk burung terbang tinggi, Hingga di dahan kayu arah; Duduk termenung sepanjang hari, Mengharapkan puan mahu menyapa. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Muzium Sarawak menyimpan sejarah, Sejarah bersurat Sultan Brunei; Msuim kesedaran beralih arah, Semoga hidup aman damai.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kala senja mencari kerang, Adik menunggu tidak berbaju; Bila Tsunami datang menyerang; Mangsa kehilangan arah tuju.Pantun Melayu SarawakAgama
Jika adik masak serunding, Bolehlah dijamu kakak Zaharah; Jika cerdik teman berunding, Jika bodoh disuruh arah.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dari Johor pergi ke Daik, Pasang surut barulah singgah; Hatiku hancur menanti adik, Hendak diturut tak tahu arah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas