Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj minuman yg mengandungi alkohol dan memabukkan, minuman keras; kaki ~ orang yg kuat minum arak; pengarakan tempat membuat arak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj minuman keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arak I

Puisi
 

Arak tikar kelambu dulu,
     Belah pinang dalam lopak;
Sudah gempar berhenti dulu,
     Ada senang buat pulak.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Naik gunung mana arak, Batu mana tanah air; Rendah gunung tinggi arak, Dari awal sampai akhir.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Arak tikar kelambu dulu, Belah pinang dalam lopak; Sudah gempar berhenti dulu, Ada senang buat pulak.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
AnakCina turun ke pekan, Minum arak sambil berdiri; Jangan dihina orang berdagang, Ambo mari nak kirim diri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Anak Cina anak Yahudi, Minum arak berpeti-peti; Sejak bunga dipagar besi, Kumbang di luar menghempas diri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Laju laju perahuku laju, Tujuan arak ke bangsal hulu; Ayuhai adinda jangan begitu, Hatiku sangat bercampur rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gendang ada tamburnya tidak, Bunyinya mari arak-arakan; Baik benar berbuat tidak, Dendam rindu boleh dibacakan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pulau Pinang laut keliling, Tempat Hindu minum arak; Dapat dikirim sirih pinang, Rindu dendam siapa nak bawak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Potong ara potong kelapa, Potong mari belakang mati; Mabuk arak tidak mengapa, Mabukkan janda membawa mati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sayang berdua berjalan malam , Menyidai kain di bawah rumah; Mabuk arak dari semalam, Mabuk bermain apa yang sudah?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jangan berdua berjalan malam, Menyidai kain di bawah rumah; Mabuk arak dari semalam, Mabuk bermain bila nak sudah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas