| Arang batu lembah Kalimantan, Lombong diurus anak Peringgi; Orang sudah samai ke bulan, Tuan mencedok air perigi. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Arang baru dikarang, Masak ikan parang; Orang suka temberang, Macam kera sumbang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Api arang untuk menggulai, Sudah masak makan bersama; Hati orang elok perangai, Di mana tegak akan ternama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Suluh puntung arang berasap, Asap melimpah ke luar negeri; Sungguh beruntung orang gagap, Bercakap sepatah habis sehari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Apabila kaki terinjak arang, Banyak sedikit tentulah hitam; Apabila hati banyak meradang, Tidak terhimpit tentulah karam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Biarkan orang menyingkap arang, Kita menyingkap tanah bergambut; Biar orang bercakap garang, Kita bercakap lemah lembut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Jangan mengipas-ngipas arang, Kalau dikipas banyak baranya; Kalau memanas-manaskan orang, Kalau panas banyak marahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kalau terkait tali arang, Rentangkan tali lebar-lebar; Kalau sakit jangan mengerang, Tenangkan hati banyak sabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Perahu Jawa memuat arang, Tiangnya miring senget sebelah; Malulah muka melihat orang, Sedang bersanding pencirit basah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Saya tidak membakar arang, Abang mengepit si bunga dedap; Saya tidak kata sebarang, Kerana abang tak tahu adab. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |