| Malam ini malam Arbaª, Malam besok malam Khamis; Kepada Allah minta doa, Di hari akhirat tidak menangis. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Hari ini hari Arbaª, Besok hari Khamis; Segala ingat segala qadaª, Malaikat Katibin sedia menulis. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Malam ini malam Selasa, Malam besok malam Arbaª; Lepas kamu dari seksa, Di hari kiamat minta doa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Hari ini hari Selasa, Hari besok hari Arbaª; Mudah-mudahan terlepas seksa, Segeralah membayar segala qadaª. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |