Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.wah] | ارواح

Definisi : Ar (jamak bagi roh) 1. roh atau jiwa orang yg telah meninggal dunia: kenduri utk ~ saudara-maranya; 2. semangat: hilang ~ku melihat nahas kereta itu; 3. (kata yg diguna­kan apabila menyebut seseorang yg telah meninggal) Allahyarham, Almarhum: ~ ayah-nya; ~ Pak Mat; mengarwahkan membaca doa (mengada­kan kenduri) utk memperingati seseorang yg telah meninggal dunia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.wah] | ارواح

Definisi : 1 roh atau jiwa orang yg telah meninggal. 2 Allahyarham; almarhum: ~ ayahnya telah berpesan supaya dia menyekolahkan adiknya hingga ke peringkat universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arwah

Peribahasa

567

Sweep your own doorstep clean

Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.

Udang hendak mengatai ikan

''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said

''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Udang hendak mengatai ikan ,'' kataku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

PantunSumberTema
Bunga andana bunga andani, Tiga dengan bunga cipur; Tuan di sana saya di sini, Arwah juga berulang tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas