| Asah-asah tajam kalam, Mari ditulis di kertas Cina; Sungguhpun tetak patah di dalam, Syarat ubat carinya kena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Asah taji asah golok, Buat menyabung ayam kelabu; Saya janji masak di pokok, Kalau ranggah saya tak mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Asah parang tajam-tajam, Hendak menebang pokok berangan; Makanan sekarang bermacam-macam, Ada berat ada ringan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
| Asah sabit kait kelapa, Anak Cina patah pengandar; Rugi sedikit tidak mengapa, Asalkan bencana dapat dihindar. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Asah kapak tajam beliung, Tebang mari kayu berduri; Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Kalau tuan mengasah kapak, Asah mari sepagi hari; Saya bawa sirih setepak, Untuk saya ganti diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Awas-awas membeli pisau, Salah asah tangan terluka; Awas-awas pergi merantau, Salah langkah badan celaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Buruk parang dimakan karat, Sekali asah tidakkan tajam; Buruk orang melupakan adat, Hati pemarah bertindak kejam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |