| Terpelihara aurat tidaklah malu, Terpelihara lidah takkan bercabang; Terpelihara adat takkan berseteru, Terpelihara tingkah takkan terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat memakai menutup aurat, Adat berkain pantang tersingkap; Adat beramai hidup bersahabat, Adat bermain memegang adab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Walaupun kain penutup aurat, Baju yang koyak dibawa juga; Walau miskin hidup melarat, Hatiku tidak gilakan harta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Elok kain benangnya rapat, Bila rapat aurat terlindung; Elok pemimpin memegang adat, Bila beradat umat menyanjung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Elok kain benangnya rapat, Bila rapat aurat tertutup; Elok pemimpin memegang adat, Bila beradat selamat hidup. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Terbuang baju dipakai singkat. Singkat pakaian aurat terbuka; Terbuang Melayu mengabaikan adat. Adat terabaikan umat binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Elok kain kerana lebar, Lebar penudung aurat sendiri; Elok pemimpin kerana sabar, Sabar menampung umpat dan keji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Berguna pelekat dibuat sarung, Bila disarung tertutup aurat; Berguna adat dapat bernaung, Bila bernaung hidup selamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Sayang-sayang buah kepayang, Makan isi kulit melayang; Kalau terpandang aurat Si Dayang, Punggung bergegar jantung bergoyang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Awas-awas menumbuk sambal, Salah tumbuk tiada lumat; Awas-awas duduk terbual, Salah duduk terbuka aurat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |