| Zaman ayah mudik ke hulu, Main makan buah bahulu; Zaman ayah menganyam dahulu, Akar tua pilih dulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Zaman ayah mudik ke hulu, Hendak gunting bunga delima; Zaman ayah menganyam nyiru, Angkit dua tindih lima. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Patuh Melayu kepada ayah, Zuriatnya turun kepada anak; Senonoh laku membawa tuah, Sifat penyantun maruahnya tegak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kasih kami kepada ibu, Kasih kami kepada ayah; Kesan Tsunami sudah berlalu, Kesan sejarah tidak berubah. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Cempaka putih cempaka biru, Buat sunting bunga delima; Masa ayah menganyam nyiru, Angkit dengan tindih lima. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Gugur jadi tanah, Tumbuh jadi tebu; Duduk dalam rumah, Tolong ayah ibu. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
| Petik bunga serumpun, Serumpun rumput kuda; Patik mohon ampun, Ampun ayah bonda. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
| Orang datang berduyun kereta, Hendak makan jamuan raja; Boleh berjumpa ayah dan bonda, Di situ boleh abang berkira. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Burung tiung beranak tunggal, Hinggap mari atas bumbung; Ibu mati ayah meninggal, Pada siapa hendak bergantung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Adik melangkah payah, Dari detik ke sedetik; Taat kepada ibu dan ayah, Adik cerdik rupa pun cantik. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |