Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayam

Puisi
 

Ayam denak ayam dani,
     Ayam cempa makanlah padi;
Kalau tiada abang di sini,
     Kamilah rindu sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(149)
Peribahasa

Ayam yang tangkas di gelanggang.

Bermaksud :

Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.

 

Lihat selanjutnya...(118)


Pantun

PantunSumberTema
Ayam-ayam tersipi-sipi, Sambar dek elang tercungap-cungap; Tidur malam termimpi-mimpi, Tidur siang teringat-ingat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hincang-hincut si kaki ayam, Ayam berlaga dengan puyuh; Jangan takut berjalan malam, Panau di dada dibuat suluh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ayam denak ayam dani, Ayam cempa makanlah padi; Kalau tiada abang di sini, Kamilah rindu sampai ke mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam ini ayam tambatan, Mari ditambat pantai Melaka; Kudengar tuan bergedung intan, Bolehkah saya tumpang berniaga?Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Ayam ini ayam Melaka, Mari dijual ke Tanjung Pagar; Kalau tuan ingin berniaga, Hasil negeri mahulah dibayar.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Ayam ini ayam delidau, Kokok mari atas pagar; Kalau tak boleh muda sesurau, Tujuh guru saya belajar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam hitam ayam didik, Petang-petang masuk kampung; Tubuh hitam badannya kecil, Tinggal pengukur mayang nibung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sana ayam sini ayam, Tempat mana nak jemur padi; Sana buaian sini buaian, Tempat mana nak letak hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna ayam bertaji, Ayam makan si daun bunga; Dulu kasih sekarang benci, Ilmu siapa adik ni kena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam putih bertaji panjang, Ke sana ke mari mencari lawan; Dalam bersedih didengki orang, Serahkan diri kepada Tuhan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12345678910...

Kembali ke atas