| Ayam kelabu pakai topi, Rotan selingkar jatuh ke lubuk; Inilah air pembasuh kaki, Inilah tikar setempat duduk. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Air pasang menanam bayam, Buyung diisi di dalam loyang; Jangan diambil resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Anak ayam baru berkepak, Mari patuk burung balam; Bawa garam cuma secupak, Takkan masin air di kolam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Hari hampir dinihari, Kokok ayam ganti-berganti; Aku duduk seorang diri, Air mata gugur kanan kiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |