| Telur ayam labuhan kapal, Berlabuh turun ke sekoci; Bunga layu kebunlah tinggal, Kumbang mana menghimbau lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Anak undan terketik-ketik, Dikejar ayam patah kaki; Kami sepantun telur itik, Kasih ayam maka menjadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Ayam bulu balik, Telur atas para; Abang baru balik, Tidak bawa apa. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Ayam bertelur dalam semak, Telur habis makan dek jukung; Bagaimana badan tak gemuk, Abang balik membawa untung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
| Turun hujan rintik-rintik, Tumbuh cendawan gelang kaki; Kami sepantun telur itik, Kasih ayam baharu jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Telur itik hendak menetas, Dicantuk ayam terbelah dua; Kutegur adik tidak membalas, Elok kudiam membawa duka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |