Ayuh encik ayuh saudara, Cuba-cuba menabur padi; Kalau ada angin utara, Apa kehendak serba jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ayuh encik jari bersusun, Mengadap raja sehari-hari; Pandai menjaga buah di kebun, Mana boleh jadi rugi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Kalau begitu rupanya paya, Ayuh berenang serati kami; Kalaulah senang hati orang kaya, Yalah senang hati kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Lembu merah tanduk bercabang, Satu tanduk memangku tali; Ayuh adik jangan marah abang, Abang datang nak tentu janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ikan selangat ikan mungkul, Belah belakang dipanggang hati; Ayuh semangat jangan masyghul, Buang belakang ada ganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam terbang dari Setul, Balik makan padi huma; Ayuh abang jangan masyghul, Adik nak balik tak lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Elok manis padang saujana, Adakah limau saya nak tetak? Ayuh adik abang nak tanya, Adakah mahu abang nak mintak? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |