Azan bukan sebarang azan, Azan menyeru orang solat; Pesan bukan sebarang pesan, Pesan rindu kukarang surat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu subuh orang pun azan, Sesudah azan tegak sembahyang; Baju lusuh hutang sebeban, Malulah badan hendak meminang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Azan tersendar sayup sampai, Disahut orang hulu dan hilir; Badan terkapar jadi bangkai; Janji ku pegang tiada mungkir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Azan subuh menyeru solat, Orang berduyun pergi ke surau; Badanku lumpuh menunggu surat, Abang bertahun pergi merantau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Azan bukan sebarang pesan, Azan bilal suaranya merdu; Pesan bukan sebarang pesan, Pesan kutinggal tanda rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu zuhur orang pun azan, Hati sejuk tegak pun sabar; Hati hancur mengenang tuan, Pergi merajuk tidak berkhabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kerana tugal disangka antan, Banyaklah orang tidak ke ladang; Kerana bilal lupakan azan, Banyaklah orang tidak sembahyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |