Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ba] | باب

Definisi : Jk bapa; babe. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ba] | باب

Definisi : 1. segolongan kaum Cina di Malaysia (yg kebanyakannya terdapat di Melaka) yg bertutur dlm bahasa Melayu dialek Baba sbg bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu: berketurunan Baba; Baba Melaka; 2. orang lelaki yg berketurunan Baba: Baba dan Nyonya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ba] | باب

Definisi : panggilan utk orang-orang Cina peranakan: ~ Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baba

Puisi
 

Baju putih bukanlah kebaya,
     Pakai hias Baba Melaka;
Hilang jiwa tidak mengapa,
     Asalnya boleh berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Baba nyoya membeli kana, Asam kandis asam mempelam; Apa sebab apa punca, Tuan menangis siang dan malam?Pantun Melayu SarawakKasih
Sayang kenyalang berbonet bata, Baba Siong menjadi kerani; Alang-alang bertikam mata, Baik dilangsung sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju putih bukanlah kebaya, Pakai hias Baba Melaka; Hilang jiwa tidak mengapa, Asalnya boleh berjumpa mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju hitam dikancing tujuh, Mari dipakai Baba seberang; Kalau tuan berani sungguh, Ambillah saya dalam tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Terang bulan terus ke kota, Bersuka ria baba dan nyonya; Terus terang kita berkata, Hajat hendak menyunting bunga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rumah kecil pintu ke laut, Tempat Cik Baba menggesek biola; Pinggang kecil bagai diraut, Mana hati abang tak gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gunung api di atas gedung, Sudah jerang ke baba Melaka; Sakit kaki kerana beradung, Duk ulang janda celaka.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas