| Duduk berdua di tikar pandan, Baca jawi baca rumi; Tuan berada di planet bulan, Saya berada di planet bumi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Dari Mukah ke Bandar Miri, Baca akhbar baca cerita; Lama sudah abang pergi; Tidak khabar tidak berita. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Baca surat Al-A'laa, Baju merah saga; Sampai bila-bila, Ibu kami jaga. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
| Belajar baca rumi; Belajar kira-kira, Restu hidup kami, Hidup kami gembira. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
| Belajar kira-kira, Baca surat Al-A'laa; Hidup kami gembira, Sampai bila-bila. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
| Berteduh bawah titi, Belajar baca rumi; Ibu senang hati, Restu hidup kami. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
| Pucuk capa disayur manis, Daun palas dalam padi; Belum baca tunduk menangis, Rasa belas di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Buku tebu dibelah-belah Dapat gula dibuat juadah; Buka buku baca sejarah, Siapakah pendatang di bumi bertuah? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Buku tebu dibelah-belah Air ditadah penuh-penuh; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu kasta penceroboh? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Buku tebu dibelah-belah, Hampas dibuang merata-rata; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu penghianat pendusta? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |