Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bacang

Puisi
 

Buah bacang sebiji bulat,
     Belum hiris masam dulu;
Tuan pergi kukirim surat,
     Belum baca menangis dulu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Menyimpan embacang masak.

Bermaksud :

Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Buah bacang masak setangkai. Elok dibuat sambal belacan; Sudah kujelang teluk dan pantai, Adik tak juga mengirim pesan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah bacang jatuh ke paya, Pokok pauh bernama mangga; Apalah malang nasib saya, Sudah jatuh ditimpa tangga.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Buah bacang sebiji bulat, Belum hiris masam dulu; Tuan pergi kukirim surat, Belum baca menangis dulu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Buah bacang masak di tangkai, Hujan ribut jatuh melayang; Saya dagang tidak terpakai, Bagai melukut di tepi gantang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Buang bacang setangkai lebat, Jatuh sebiji di birai perigi; Berapa teguh tali penambat, Burung terlepas tak balik lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah bacang setangkai lebat, Jatuh sebiji di birai perigi; Belum teguh tali penambat, Burung terlepas tak balik lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah bacang buah kuini, Dibawa orang dari tanjung; Bukannya mudah memegang janji, Makan hati berulam jantung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Besarlah biji si buah bacang, Bila ditanam patut dijaga; Biarpun mati difitnah orang, Cinta kupendam berlanjut juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Taruh mari di dalam kangkung, Lilit banyak di dahan gelugur; Kalau sudah bacang gantung, Sampai kering tak mahu gugur.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas